MAX CINEMAS LAHAD DATU: PAWAGAM KOMUNITI PERTAMA MALAYSIA
Buat pertama kali dalam sejarah pembangunan pawagam di Malaysia, pada 20 September 2019, sebuah pawagam berkonsepkan komersil komuniti telah dilancarkan di Lahad Datu, Sabah. Pawagam yang memiliki 4 dewan tayangan dengan jumlah tempat duduk 284 kerusi.
Pawagam ini yang dibina sesuai dengan aspirasi komuniti setempat, bertempat di kawasan lot kedai di Harbour Town di tengah bandar Lahad Datu. Menyingkap idea hingga tercapai nya pembinaan pawagam ini, ianya bermula dari aspirasi untuk mewujudkan prasarana pawagam moden di luar bandar dengan teknologi yang terkini. Dengan sistem projektor jenama Christie dan sistem audio MAG sebagai antara jenama yang terbaik di dunia meletakkan pawagam ini setaraf dengan pawagam-pawagam utama di bandar-bandar besar dalam negara.
MAX Cinemas merupakan jenama anak tempatan dan menjadikan Lahad Datu sebagai model pertamanya, MAX Cinemas menekankan konsep mesra komuniti dalam industri kreatif. Konsep ini bukan hanya sekadar untuk menyediakan platform tayangan filem kepada penduduk setempat tetapi juga menganjurkan pelbagai progam kreatif kepada masyarakat. Antara yang disediakan ialah program latihan perfileman, galeri lukisan kepada bakat penulis dan pemuzik bebas (Busker) kepada bakat-bakat tempatan. Ini kerana MAX Cinemas percaya bahawa hiburan tidak hanya tertumpu kepada penayangan filem malah juga aktiviti-aktiviti kreatif yang lain.